nak tulis

June 15th, 2011 § Leave a Comment

byk juga org reach site ni through rabtul am search. Nanti saya tulis sikit.

Message from Egypt’s mass to Israel

June 2nd, 2011 § Leave a Comment

راجع راجع راجع من رماد الموت
See see see from the ashes of death
راجع راجع راجع لن أهاب الموت
See see see death will not intimidate us
من نار الجهاد*راجع ~~ فى كل البلاد*راجع
From the fire of Jihad ~ ~  In every country
كالاعصار كالاعصار ~~ راجع راجع
Like a hurricane like a hurricane ~ ~ see see
راجــــــــع راجــــــــــــع ~~ راجع راجع
See see see see
يا حكام المسلمين ~~ نحن لانخشى اليهود
Oh Muslim leaders ~ ~ We are not afraid of the Jews
أفتحوا كل الحدود ~~ فيا أقصانا سوف تعود
Open all borders ~ ~ Our Aqsa will return
سأفجر فيكم غضبى ~~ لن أخشاكم لن أركع
My angry will outburst ~ ~ we won’t be afraid, we won’t submit
من غضبى لايحميكم ~~ دبابات أو مدفع
Nothing will protect you from my anger – tank or cannon
راجـــــــــع ~~ راجــــــــــع
See see
راجع راجع راجع من رماد الموت
See see see from the ashes of death
راجع راجع راجع لن أهاب الموت
See see see death will not intimidate us
من نار الجهاد*راجع ~~ فى كل البلاد*راجع
From the fire of Jihad ~ ~  In every country
كالاعصار كالاعصار ~~ راجــــــــع راجـــــــــع
Like a hurricane like a hurricane ~ ~ see see

Hadith 6: Ganjaran seperti Haji dan Umrah

May 27th, 2011 § Leave a Comment

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُكَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ

Rasulullah (saw) bersabda: “Barangsiapa yang solat Subuh berjamaah kemudian duduk berzikir mengingati Allah sehingga terbitnya matahari, emudia dia solat 2 rakaat, dia akan diganjari dengan ganjaran seperti Haji dan Umrah, sempurna,sempurna, sempurna. (Tirmidhi)

1)      Dalam kehidupan seorang muslim adalah lemah apabila dia bergantung kepada kekuatan dirinya tetapi menjadi kuat bila bergantung kepada kekuasaaan Allah.

2)      Muslim perlu mengkhususkan masa untuk muhasabah, meminta Allah, memperbahrui hubungan dengan Allah.

Hadith-hadith berkaitan.

عَنْ سَهْلِ بْنِ مُعَاذِ بْنِ أَنَسٍ الْجُهَنِيِّ عَنْ أَبِيهِ

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَعَدَ فِي مُصَلَّاهُ حِينَ يَنْصَرِفُ مِنْ صَلَاةِ الصُّبْحِ حَتَّى يُسَبِّحَ رَكْعَتَيْ الضُّحَى لَا يَقُولُ إِلَّا خَيْرًا غُفِرَ لَهُ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ أَكْثَرَ مِنْ زَبَدِ الْبَحْرِ

Sahl Ibn Muadz meriwayatkan dari ayahnya bahawa Rasulullah bersabda: “Barangsiapa duduk di mihrab, tida berkata melainkan yang baik selepas melakukan solat subuh sehingga solat 2 rakaat Duha, dosa-dosanya yang lalu akan diampunkan walaupun ia seperti buih-buih di lautan.

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا صَلَّى الْفَجْرَ جَلَسَ فِي مُصَلَّاهُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ حَسَنًا

Rasulullah (saw) selalu duduk di mihrabnya selepas solat Subuh sehingga terbitnya matahari.

Pengajaran Dakwah

1)      Perlu letakkan dalam diri bahawa waktu ini adalah baik untuk kesihatannya dari waktu lain, ia adalah waktu udara segar dan tidak dicemari oleh dosa-dosa manusia.

2)      Perlu letakkan dalam diri bahwa masa ini adalah masa pembahagian rezeki seperti dalam satu hadith, dan setiap orang mendapat habuan menurut usahanya.

3)      Ingat bahawa para salaf sangat memerhatikan waktu ini dan menggunakannya sebaiknya dalam apa keadaan sekalipun. Diriwayatkan bahawa Umar menggunakan masa ini untuk ketaatan dan apabila ia tertidur dia akan bagun dan berjalan ke rumah dan mengulangi

“bagaimana mata akan tutup dengan aman, sedangkan tidak tahu apa pengakhiran”

4)      Pentingnya melakukan solat Duha sebagai tanda shuur kepada Allah. Rasulullah (saw) bersabda:

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ ابْنِ آدَمَ صَدَقَةٌ تَسْلِيمُهُ عَلَى مَنْ لَقِيَ صَدَقَةٌ وَأَمْرُهُ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيُهُ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَإِمَاطَتُهُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ وَبُضْعَةُ أَهْلِهِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ كُلِّهِ رَكْعَتَانِ مِنْ الضُّحَى

“Pada waktu pagi, sedekah adalah perlu ke atas setiap sendi tulang ke atas setiap dari kamu. Setiap ucapan salam kepada siapa yang dijumpai adalah sedekah , memerintahkan maaruf adalah sedekah dan mencegah munkar adalah sedekah, menghilangkan halangan dari jalan adalah sedekah,  dan 2 rakaat Duha yang dilaukan menyamai kesemua ini dalah ganjarannya.

Nakba

May 18th, 2011 § Leave a Comment

Assalamualaikum,

1) During the recent Nakba commemoration in London, Dr. Manuel Hassassian, the Palestinian Ambassador in London in his speech was so adamant that Palestine will soon be free, and it’s going to be this September inshAllah.

2) I’m not sure why would he predict on September, my guess is it probably has to do with the political change in Egypt and giving a period till end of this year is a good chance to build up momentum around the Arab region.

3) How does it affect me and you?

4) First, if this was to be true, alhamdulillah Allah has chosen us to witness this great event, and Palestine liberation is going to be during our time, not during our children nor our grandchildren.

5) Bad news is, there’s no bad news, it only means that we only have a short time left to exert our effort for the Palestinian cause. This struggle will surely achieve victory as Allah has promised, it’s only a question of whether we want to be part of it.

MSS

Hadith 5: Memberi Salam

May 16th, 2011 § Leave a Comment

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَا تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَفَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى أَمْرٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ

Rasulullah (saw) bersabda: Kamu tidak akan masuk ke syurga sehinggalah kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sehinggahlah kamu saling mencintai. Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan sesuatu jika kamu melakukannya kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam sesama kamu. (Bukhari Muslim)

1)      Menyebarkan salam adalah anjuran Islam bagi menyebarkan rasa ketenangan di kalangan masyarakan dan cara yang kuat untuk mengukuhkan rasa cinta dan kasih sayang.

2)      Rasulullah memotivasikan para sahabat dengan ganjaran syurga yang mempunyai syarat kelayakan iaitu iman dan syarat iman iaitu cinta, dan syarat cinta ialah menyebarkan salam.

Dalil mengenai memberi salam

(Nur:27),(Nur:61),(Nisa:86),(Zariyat:24-25)

Hadith berkaitan

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا

أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ

Dari Abu Abdullah Ibn Amr Ibn Al Aas (ra) meriwayatkan ada seseorang bertanya kepada Rasulullah (saw) Apa amalan di dalam Islam yang baik. Rasulullah menjawab, memberi makan (kepada orang miskin) dan memberi salam kepada yang kamu kenali dan kepada yang tidak kamu kenali.

فلما خلقه قال : اذهب فسلم على أولئك النفر – وهم نفر من الملائكة جلوس – فاستمع إلى ما يجيبونك ، فإنها تحيتك وتحية ذريتك ، قال : فذهب ، فقال : السلام عليكم ، فقالوا : السلام عليك ورحمة الله ، فزادوه ورحمة الله

Daripada Abu Hurairah (ra) meriwayatkan, Rasulullah (saw) bersabda “Apabila Allah menciptakan Adam, Allah berkata, Pergi dan member salam kepada malaikat-malaikat yang sedang duduk di sana dan dengar apa yang akan mereka jawab bagi itu adalah ucapan buatmu dan ucapan kepada anak-anakmu. Adam (as) pergi dan berkata Assalamualaikum. Para malaikat membalas, assalamualaika wa rahmatullah. Mereka menambahkan wa rahmatullah.

قَالَ الْبَرَاءُ بْنُ عَازِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا

أَمَرَنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِسَبْعٍ وَنَهَانَا عَنْ سَبْعٍ أَمَرَنَا بِعِيَادَةِ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعِ الْجِنَازَةِ وَتَشْمِيتِ الْعَاطِسِ وَإِبْرَارِ الْقَسَمِ وَنَصْرِ الْمَظْلُومِ وَإِفْشَاءِ السَّلَامِ وَإِجَابَةِ الدَّاعِي وَنَهَانَا عَنْ خَوَاتِيمِ الذَّهَبِ وَعَنْ آنِيَةِ الْفِضَّةِ وَعَنْ الْمَيَاثِرِ وَالْقَسِّيَّةِ وَالْإِسْتَبْرَقِ وَالدِّيبَاجِ

Dari Al Baraa Ibn Azeh (ra) meriwayatkan, Rasulullah (saw) bersabda: Allah memerintah kita melakukan 7 perkara dan melarang melakukan 7 perkara. Dia memerintah kita mengiringi jenazah, menziarahi orang sakit, menerima jemputan, menolong orang yang dizalimi, memenuhi janji, menjawab salam dan mendoakan orang yang bersin. Dia melarang kita untuk menggunakan peralatan makanan dari perak, memakai cincin emas, memakai sutera, Qissi, Istabraq, Dibaj (baju sutera).

قَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلَامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ

Dari Abdullah Ibn Salam (ra), aku mendengar Rasulullah bersabda “Wahai manusia, sebarkanlah salam sesama kamu, beri makan orang yang lapar, sambungkan silaturrahim dan solat malam ketika orang sedang tidur, kamu akan memasuki syurga dengan sejahtera”.

Pengajaran Dakwah

1)      Ingati ganjaran kepada orang yang sentiasa beri salam

2)      Ingati bahawa member salam adalah jalan yang efektif untuk mengikat hati manusia bersama.

3)      Ingati bahawa ia adalah salah satu hak sesame Muslim.

4)      Ingati bahawa mu’min akan berjaya hanya dengan mendengan seruan Allah dan RasulNya.

5)      Salah satu cara dakwah ialah dengan mengingatkan manusia tentang gajaran dan pahala apabila menurut perintah Allah dan RasulNya. Ia akan memotivasikan mereka dan buat apa yang mereka inginkan.

Shaykhul Aqsa

May 10th, 2011 § Leave a Comment

Hadith 4: Menziarahi orang sakit

April 21st, 2011 § Leave a Comment

مَا مِنْ رَجُلٍ يَعُودُ مَرِيضًا مُمْسِيًا إِلَّا خَرَجَ مَعَهُ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ يَسْتَغْفِرُونَ لَهُ حَتَّى يُصْبِحَ وَمَنْ أَتَاهُ مُصْبِحًا خَرَجَ مَعَهُ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ يَسْتَغْفِرُونَ لَهُ حَتَّى

Apabila seorang datang menziarahi seorang yang sakit pada waktu petang, 70 ribu malaikat akan keluar bersamanya beristighfar  untuknya sehinggalah datang waktu pagi. Jia dia datang menziarahi pada waktu pagi maka keluar bersanya 70 ribu malaikat beristighfar untuknya sehinggalah waktu petang. (Abu Daud dan Tirmidhi)

1)      Peranan serorang muslim selain berdakwah mengajak manusia ke jalan yang lurus menuju Allah, dia juga perlu mencari jalan menyentuh dan mempengaruhi manusia melalui akhlak dan peribadinya seperti menziarahi orang sakit, berjumpa mereka dengan wajah yang ceria, menolong orang yang susah dsb.

Dalam hadith lain terdapat anjuran untuk menziarahi orang sakit

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَا ابْنَ آدَمَ مَرِضْتُ فَلَمْ تَعُدْنِي قَالَ يَا رَبِّ كَيْفَ أَعُودُكَ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ قَالَ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ عَبْدِي فُلَانًا مَرِضَ فَلَمْ تَعُدْهُ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّكَ لَوْ عُدْتَهُ لَوَجَدْتَنِي عِنْدَهُ يَا ابْنَ آدَمَ اسْتَطْعَمْتُكَ فَلَمْ تُطْعِمْنِي قَالَ يَا رَبِّ وَكَيْفَ أُطْعِمُكَ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ قَالَ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّهُ اسْتَطْعَمَكَ عَبْدِي فُلَانٌ فَلَمْ تُطْعِمْهُ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّكَ لَوْ أَطْعَمْتَهُ لَوَجَدْتَ ذَلِكَ عِنْدِي يَا ابْنَ آدَمَ اسْتَسْقَيْتُكَ فَلَمْ تَسْقِنِي قَالَ يَا رَبِّ كَيْفَ أَسْقِيكَ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ قَالَ اسْتَسْقَاكَ عَبْدِي فُلَانٌ فَلَمْ تَسْقِهِ أَمَا إِنَّكَ لَوْ سَقَيْتَهُ وَجَدْتَ ذَلِكَ عِنْدِي

Sesungguhnya Allah akan berkata pada hari kebangkitan : Wahai anak Adam, apabila Aku sakit kau tidak datang menziarahi Aku. Dia akan berkata: Oh Tuhanku, bagaimana aku mampu menziarahiMu sedangkan Kau adalah Tuhan sekalian alam. Kemudian Allah berkata Bukankah kau tahu hambaku fulan bin fulan telah saki tetapi kau tidak menziarahinya dan tidakkah kau tahu jika kau menziarahinya maka kau menjumpaiKu dekat bersamanya. Wahai anak Adam, aku meminta dari kamu makanan tetapi kau tidak memberiKu makanan. Dia akan berkata: Oh Tuhanku, bagaimana aku mampu untuk member Kau makan sedangkan Kau adalah Tuhan sekalian alam. Allah berkata: Bukankah kau tahu hambaku fulan bun fulan memeinta makanan dari kau tetapi kau tidak memberinya makan, dan tidakkah kau tahu jika kau memberinya maan makan kau akan menjumpainya dekat  bersamaKu. Allah akan bertanya sekali lagi: Wahai anak Adam, aku meminta dari kamu minuman sedangkan kau tidak memberiKu minum. Dia akan berkata: Oh Tuhanku, bagaimana aku mampu memberi Kau minum sedangkan Kau adalah Tuhan sekalian alam. Kemudian Allah berkata: Hambaku fulan bin fulan meminta kamu minum tetapi kau tidak memberikannya minuman dan jika kau memberikannya minuman kau akan menjumpai nya dekat bersamaKu.

فُكُّوا الْعَانِيَ يَعْنِي الْأَسِيرَ وَأَطْعِمُوا الْجَائِعَ وَعُودُوا الْمَرِيضَ

Bebaskanlah tahanan, , beri makan kepada orang yang lapar ziarahlah orang yang sakit.

إِنَّ الْمُسْلِمَ إِذَا عَادَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ لَمْ يَزَلْ فِي خُرْفَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَرْجِعَ

Orang yang menziarahi saudaranya yang muslim akan kekal berada di taman syurga sehinggalah dia pulang

Pengajaran dakwah

Motivasi buat orang yang menziarahi orang sakit:

1)      Mengingati bahawa ganjaran akan ditulis pada buku catatannya apabila dia keluar hinggalah dia pulang.

2)      Mengingati apabila dia keluar menziarahi orang sakit, dia akan dikelilingi oleh rahmah dari Allah sehinggalah ia pulang.

3)      Mengetahui bahawa dia tidak akan dapat kepercayaan dan pengaruh dari manusia jika dia mengambil ringan tentang ziarah orang yang sakit.

Menziarahi orang sakit adalah salah satu hak sesama muslim sepertimana di dalam hadith

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ خَمْسٌ رَدُّ السَّلَامِ وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعُ الْجَنَائِزِ وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ وَتَشْمِيتُ الْعَاطِسِ

5 hak muslim ke atas saudaranya: menjawab salam, menziarahi saudaranya yang sakit, mengiringi jenazahnya, memenuhi undangannya, serta berdoa ke atasnya apabila dia bersin.

Hadith 3: Kehidupan dunia

April 19th, 2011 § Leave a Comment

Ini adalah perkongsian dari kitab hadith Taujihaat Nabawiyah ‘Ala At-Toriq oleh tokoh daie terkenal Almarhum Doktor Sayid Muhammad Nuh. Terdapat 40 hadith terpilih dikompilasikan yang menjadi rawatan buat jiwa para daie. Saya berharap dapat menterjemahkan hadith2 tersebut inshAllah.

 Hadith 3

ما لي وللدنيا وما للدنيا وما لي ، والذي نفسي بيده ما مثلي ومثل الدنيا إلا كراكب سار في يوم صائف  فاستظل تحت شجرة ساعة من نهار ثم راح وتركها

Apa yang dapat aku lakukan pada kehidupan dunia, dan apa kehidupan dunia dapat lakukan kepada. Sesungguhnya demiNya yang menggenggam nyawaku di tanganNya, aku dan kehidupan dunia seperti seorang pedagang pada hari yang panas, dia berteduh di bawah satu pokok pada waktu tengahari, kemudian dia beredar – Riwayat Imam Ahamad dalam musnad 1/301.

1)      Allah ciptakan manusia dan menghantar para rasul untuk mengajar tentang tujuan hidup

2)      Allah menjadikan semua ciptaan untuk kegunaan manusia dalam mencapai tujuan hidupnya.

3)      Manusia tidak harus dibenani dengan dunia dan meninggalkan urusan akhirat.

4)      Rasulullah menyatakan hakikat kehidupan dunia adalah sementara seperti seorang pedagang yang berehat di bawah pokok.

Atitud Muslim terhadap kehidupan dunia

1)      Memiliki apa-apa yang halal bersesuaian dengan perintah Islam

2)      Dunia di dalam tangan muslim bukan di hatinya.

(5:87-88),(16:114)

Hadith

-Alangkah baiknya apabila kekayaan itu berada pada seorang yang baik

-Dunia adalah perhiasan dan sebaik perhiasan adalah wanita solehah

-Kehidupan dunia adalah tercela dan apa yang ada di dalamnya adalah tercela kecuali mengingati Allah dan setiap perbuatan yang berkaitan dengannya, orang yang berilmu dan orang yang mencari ilmu.

Abu Bakr, Umar, Uthman, Suhaib Ar Rumi adalah orang kaya tetapi mereka bersedia mengorbankan harta untuk agama.

Dalil peringatan tentang kehidupan dunia

(10:24),(18:45),(57:20),(31:33),(10:7-8),(17:18)

Hadith

مَا الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا مِثْلُ مَا يَجْعَلُ أَحَدُكُمْ إِصْبَعَهُ فِي الْيَمِّ فَلْيَنْظُرْ بِمَاذَا يَرْجِعُ

Apalah nilai dunia di sisi akhirat kecuali apa yang kamu celupkan jarinya ke dalam laut, maka lihatlah apa yang ada pada jari tersebut.

كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ

Jadilah kamu seperti orang yang asing pada kehidupan dunia atau seorang pedagang

لَوْ كَانَتْ الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ اللَّهِ جَنَاحَ بَعُوضَةٍ مَا سَقَى كَافِرًا مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ

Kalaulah dunia ini di sisi Allah mempunyai harga seperti satu sayap nyamuk, nescaya orang kafir tidak akan meneguk walau setitik air

Pengajaran Dakwah

1)      Peringatan daripada condong kepada dunia. (Ghafir:39)(Annisa:77)(9:38)

2)      Menggunakan perumpamaan dalam berdakwah kerana ia akan menghilangkan kebosanan (Ankabut:43)

Kisah Imam Hassan Al-Banna dengan kasut

April 7th, 2011 § Leave a Comment

Kadang-kadang dalam kita bermuayash dengan orang sekeliling kita, cukup dengan memerhatikan perkara kecil dapat memberikan kesan yang sangat besar dalam hati seseorang. Saya ingin berkongsi satu kisah tentang Imam Hassan Al-Banna dari buku ‘hikayah ‘anil ikhwan’.

Diceritakan terdapat seorang lelaki tua yang mempunyai anak yang menyertai ikhwan berjihad di Palestin. Lelaki tua tersebut pergi ke markaz am ikhwan di Kaherah untuk berjumpa dengan mursyidul am Hasan Al-Banna untuk meminta keuzuran bagi pihak anaknya dari menyertai perang. Lelaki tersebut membuka kasut sebelum masuk lalu Imam Hasan Al-Banna menyambutnya dengan baik.

Setelah selesai menyampaikan hasratnya, lelaki tersebut pun meminta untuk beredar dan mengucapkan salam. Lelaki tersebut kelihatan mencari-cari kasutnya dan penglihatannya agak kabur. Maka Imam Hasan Al-Banna bergegas lalu mencapai kasut lelaki tua tersebut dengan tangannya sendiri dan memberikan kepada lelaki tua tersebut. Lelaki tersebut berasa sangat terharu. Ikhwah-ihwah lain yang melihat perkara tersebut berasa malu dan mempelajari bagaimana adab seorang daie dengan seorang yang tua.

MSS

Jangan pinggirkan rabtul am dan amal am

April 6th, 2011 § Leave a Comment

1)      Dakwah yang kita serukan ialah dakwah yang mentauhidkan Allah, mengembalikan kuasa mulkiyah hanya kepadanya dan menyeru manusia kepada ubudiyyah Allah semata. Inilah fikrah kita.

2)      Fikrah ini perlu ditegakkan di atas kefahaman Islam yang syumul tanpa menggadaikan mana-mana aspek di dalam Islam.

3)      Syarat kejayaan suatu fikrah sangat bergantung kepada sejauh mana usaha dilakukan pada peringkat takrif. Apabila semakin tersebar fikrah ini maka semakin ramailah yang akan menerima, semakin ramailah yang akan mendokong seterusnya semakin ramailah yang akan memperjuangkan fikrah ini.

4)      Namun sunnatullah menetapkan tidak semua yang mengetahui fikrah ini akan menerimanya apatah lagi memperjuangkannya. Kita berharap jika mereka tidak memperjuangkannya, mereka akan mendokongnya, jika mereka tidak mendokongnya, cukuplah dengan mereka menerimanya.

5)      Untuk membina golongan yang memperjuangkan, mendokong dan menerima fikrah ini, maka perhatian perlu diberikan kepada ketiga-tiga uslub dakwah iaitu dakwah fardhiyah, rabtul am dan juga amal am, tanpa meminggirkan salah satu pun daripadanya.

6)      Menjadi suatu kesilapan apabila kita terlalu memfokuskan kepada dakwah fardhiyah dengan menjadikan proses pembentukan qaedah sulbah sebagai alas an untuk meninggalkan rabtul am dan amal am.

7)      Lalu kita pinggirkan rakan-rakan yang bukan ikhwah, jiran-jiran, ahli keluarga dengan alasan berhubungan dengan mereka bukanlah satu usaha yang muntij kerana mereka bukan logam. Malahan kita mula menjauhkan diri dari masyarakat lalu menajadikan diri kita ekslusif.

8)      Tidak hairanlah akan muncul prasangka-prasangka dan label-label buruk pada diri kita. Ini kerana kita tidak mempedulikan rabtul am dan juga amal am. Bagaimana fikrah ini akan berjaya ditengah-tengah tanggapan buruk dan syak wasangka yang terhasil dari kelalaian kita sendiri?

MSS

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.