Jangan pinggirkan rabtul am dan amal am

April 6th, 2011 § Leave a Comment

1)      Dakwah yang kita serukan ialah dakwah yang mentauhidkan Allah, mengembalikan kuasa mulkiyah hanya kepadanya dan menyeru manusia kepada ubudiyyah Allah semata. Inilah fikrah kita.

2)      Fikrah ini perlu ditegakkan di atas kefahaman Islam yang syumul tanpa menggadaikan mana-mana aspek di dalam Islam.

3)      Syarat kejayaan suatu fikrah sangat bergantung kepada sejauh mana usaha dilakukan pada peringkat takrif. Apabila semakin tersebar fikrah ini maka semakin ramailah yang akan menerima, semakin ramailah yang akan mendokong seterusnya semakin ramailah yang akan memperjuangkan fikrah ini.

4)      Namun sunnatullah menetapkan tidak semua yang mengetahui fikrah ini akan menerimanya apatah lagi memperjuangkannya. Kita berharap jika mereka tidak memperjuangkannya, mereka akan mendokongnya, jika mereka tidak mendokongnya, cukuplah dengan mereka menerimanya.

5)      Untuk membina golongan yang memperjuangkan, mendokong dan menerima fikrah ini, maka perhatian perlu diberikan kepada ketiga-tiga uslub dakwah iaitu dakwah fardhiyah, rabtul am dan juga amal am, tanpa meminggirkan salah satu pun daripadanya.

6)      Menjadi suatu kesilapan apabila kita terlalu memfokuskan kepada dakwah fardhiyah dengan menjadikan proses pembentukan qaedah sulbah sebagai alas an untuk meninggalkan rabtul am dan amal am.

7)      Lalu kita pinggirkan rakan-rakan yang bukan ikhwah, jiran-jiran, ahli keluarga dengan alasan berhubungan dengan mereka bukanlah satu usaha yang muntij kerana mereka bukan logam. Malahan kita mula menjauhkan diri dari masyarakat lalu menajadikan diri kita ekslusif.

8)      Tidak hairanlah akan muncul prasangka-prasangka dan label-label buruk pada diri kita. Ini kerana kita tidak mempedulikan rabtul am dan juga amal am. Bagaimana fikrah ini akan berjaya ditengah-tengah tanggapan buruk dan syak wasangka yang terhasil dari kelalaian kita sendiri?

MSS

Advertisement

Tagged:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Jangan pinggirkan rabtul am dan amal am at buku nota saya.

meta

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.