Hadith 3: Kehidupan dunia
April 19th, 2011 § Leave a Comment
Ini adalah perkongsian dari kitab hadith Taujihaat Nabawiyah ‘Ala At-Toriq oleh tokoh daie terkenal Almarhum Doktor Sayid Muhammad Nuh. Terdapat 40 hadith terpilih dikompilasikan yang menjadi rawatan buat jiwa para daie. Saya berharap dapat menterjemahkan hadith2 tersebut inshAllah.
Hadith 3
ما لي وللدنيا وما للدنيا وما لي ، والذي نفسي بيده ما مثلي ومثل الدنيا إلا كراكب سار في يوم صائف فاستظل تحت شجرة ساعة من نهار ثم راح وتركها
Apa yang dapat aku lakukan pada kehidupan dunia, dan apa kehidupan dunia dapat lakukan kepada. Sesungguhnya demiNya yang menggenggam nyawaku di tanganNya, aku dan kehidupan dunia seperti seorang pedagang pada hari yang panas, dia berteduh di bawah satu pokok pada waktu tengahari, kemudian dia beredar – Riwayat Imam Ahamad dalam musnad 1/301.
1) Allah ciptakan manusia dan menghantar para rasul untuk mengajar tentang tujuan hidup
2) Allah menjadikan semua ciptaan untuk kegunaan manusia dalam mencapai tujuan hidupnya.
3) Manusia tidak harus dibenani dengan dunia dan meninggalkan urusan akhirat.
4) Rasulullah menyatakan hakikat kehidupan dunia adalah sementara seperti seorang pedagang yang berehat di bawah pokok.
Atitud Muslim terhadap kehidupan dunia
1) Memiliki apa-apa yang halal bersesuaian dengan perintah Islam
2) Dunia di dalam tangan muslim bukan di hatinya.
(5:87-88),(16:114)
Hadith
-Alangkah baiknya apabila kekayaan itu berada pada seorang yang baik
-Dunia adalah perhiasan dan sebaik perhiasan adalah wanita solehah
-Kehidupan dunia adalah tercela dan apa yang ada di dalamnya adalah tercela kecuali mengingati Allah dan setiap perbuatan yang berkaitan dengannya, orang yang berilmu dan orang yang mencari ilmu.
Abu Bakr, Umar, Uthman, Suhaib Ar Rumi adalah orang kaya tetapi mereka bersedia mengorbankan harta untuk agama.
Dalil peringatan tentang kehidupan dunia
(10:24),(18:45),(57:20),(31:33),(10:7-8),(17:18)
Hadith
مَا الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا مِثْلُ مَا يَجْعَلُ أَحَدُكُمْ إِصْبَعَهُ فِي الْيَمِّ فَلْيَنْظُرْ بِمَاذَا يَرْجِعُ
Apalah nilai dunia di sisi akhirat kecuali apa yang kamu celupkan jarinya ke dalam laut, maka lihatlah apa yang ada pada jari tersebut.
كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ
Jadilah kamu seperti orang yang asing pada kehidupan dunia atau seorang pedagang
لَوْ كَانَتْ الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ اللَّهِ جَنَاحَ بَعُوضَةٍ مَا سَقَى كَافِرًا مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ
Kalaulah dunia ini di sisi Allah mempunyai harga seperti satu sayap nyamuk, nescaya orang kafir tidak akan meneguk walau setitik air
Pengajaran Dakwah
1) Peringatan daripada condong kepada dunia. (Ghafir:39)(Annisa:77)(9:38)
2) Menggunakan perumpamaan dalam berdakwah kerana ia akan menghilangkan kebosanan (Ankabut:43)