Hadith 4: Menziarahi orang sakit

April 21st, 2011 § Leave a Comment

مَا مِنْ رَجُلٍ يَعُودُ مَرِيضًا مُمْسِيًا إِلَّا خَرَجَ مَعَهُ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ يَسْتَغْفِرُونَ لَهُ حَتَّى يُصْبِحَ وَمَنْ أَتَاهُ مُصْبِحًا خَرَجَ مَعَهُ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ يَسْتَغْفِرُونَ لَهُ حَتَّى

Apabila seorang datang menziarahi seorang yang sakit pada waktu petang, 70 ribu malaikat akan keluar bersamanya beristighfar  untuknya sehinggalah datang waktu pagi. Jia dia datang menziarahi pada waktu pagi maka keluar bersanya 70 ribu malaikat beristighfar untuknya sehinggalah waktu petang. (Abu Daud dan Tirmidhi)

1)      Peranan serorang muslim selain berdakwah mengajak manusia ke jalan yang lurus menuju Allah, dia juga perlu mencari jalan menyentuh dan mempengaruhi manusia melalui akhlak dan peribadinya seperti menziarahi orang sakit, berjumpa mereka dengan wajah yang ceria, menolong orang yang susah dsb.

Dalam hadith lain terdapat anjuran untuk menziarahi orang sakit

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَا ابْنَ آدَمَ مَرِضْتُ فَلَمْ تَعُدْنِي قَالَ يَا رَبِّ كَيْفَ أَعُودُكَ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ قَالَ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ عَبْدِي فُلَانًا مَرِضَ فَلَمْ تَعُدْهُ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّكَ لَوْ عُدْتَهُ لَوَجَدْتَنِي عِنْدَهُ يَا ابْنَ آدَمَ اسْتَطْعَمْتُكَ فَلَمْ تُطْعِمْنِي قَالَ يَا رَبِّ وَكَيْفَ أُطْعِمُكَ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ قَالَ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّهُ اسْتَطْعَمَكَ عَبْدِي فُلَانٌ فَلَمْ تُطْعِمْهُ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّكَ لَوْ أَطْعَمْتَهُ لَوَجَدْتَ ذَلِكَ عِنْدِي يَا ابْنَ آدَمَ اسْتَسْقَيْتُكَ فَلَمْ تَسْقِنِي قَالَ يَا رَبِّ كَيْفَ أَسْقِيكَ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ قَالَ اسْتَسْقَاكَ عَبْدِي فُلَانٌ فَلَمْ تَسْقِهِ أَمَا إِنَّكَ لَوْ سَقَيْتَهُ وَجَدْتَ ذَلِكَ عِنْدِي

Sesungguhnya Allah akan berkata pada hari kebangkitan : Wahai anak Adam, apabila Aku sakit kau tidak datang menziarahi Aku. Dia akan berkata: Oh Tuhanku, bagaimana aku mampu menziarahiMu sedangkan Kau adalah Tuhan sekalian alam. Kemudian Allah berkata Bukankah kau tahu hambaku fulan bin fulan telah saki tetapi kau tidak menziarahinya dan tidakkah kau tahu jika kau menziarahinya maka kau menjumpaiKu dekat bersamanya. Wahai anak Adam, aku meminta dari kamu makanan tetapi kau tidak memberiKu makanan. Dia akan berkata: Oh Tuhanku, bagaimana aku mampu untuk member Kau makan sedangkan Kau adalah Tuhan sekalian alam. Allah berkata: Bukankah kau tahu hambaku fulan bun fulan memeinta makanan dari kau tetapi kau tidak memberinya makan, dan tidakkah kau tahu jika kau memberinya maan makan kau akan menjumpainya dekat  bersamaKu. Allah akan bertanya sekali lagi: Wahai anak Adam, aku meminta dari kamu minuman sedangkan kau tidak memberiKu minum. Dia akan berkata: Oh Tuhanku, bagaimana aku mampu memberi Kau minum sedangkan Kau adalah Tuhan sekalian alam. Kemudian Allah berkata: Hambaku fulan bin fulan meminta kamu minum tetapi kau tidak memberikannya minuman dan jika kau memberikannya minuman kau akan menjumpai nya dekat bersamaKu.

فُكُّوا الْعَانِيَ يَعْنِي الْأَسِيرَ وَأَطْعِمُوا الْجَائِعَ وَعُودُوا الْمَرِيضَ

Bebaskanlah tahanan, , beri makan kepada orang yang lapar ziarahlah orang yang sakit.

إِنَّ الْمُسْلِمَ إِذَا عَادَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ لَمْ يَزَلْ فِي خُرْفَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَرْجِعَ

Orang yang menziarahi saudaranya yang muslim akan kekal berada di taman syurga sehinggalah dia pulang

Pengajaran dakwah

Motivasi buat orang yang menziarahi orang sakit:

1)      Mengingati bahawa ganjaran akan ditulis pada buku catatannya apabila dia keluar hinggalah dia pulang.

2)      Mengingati apabila dia keluar menziarahi orang sakit, dia akan dikelilingi oleh rahmah dari Allah sehinggalah ia pulang.

3)      Mengetahui bahawa dia tidak akan dapat kepercayaan dan pengaruh dari manusia jika dia mengambil ringan tentang ziarah orang yang sakit.

Menziarahi orang sakit adalah salah satu hak sesama muslim sepertimana di dalam hadith

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ خَمْسٌ رَدُّ السَّلَامِ وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعُ الْجَنَائِزِ وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ وَتَشْمِيتُ الْعَاطِسِ

5 hak muslim ke atas saudaranya: menjawab salam, menziarahi saudaranya yang sakit, mengiringi jenazahnya, memenuhi undangannya, serta berdoa ke atasnya apabila dia bersin.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Hadith 4: Menziarahi orang sakit at buku nota saya.

meta

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.